klik gambar dibawah

klik gambar dibawah
. Travel is the only thing you buy, makes you richer.

Wednesday, October 9, 2013

SKYTREX, BUKIT CERAKAH, SELANGOR, MALAYSIA -FEB 2013-

hari minggu dengan beriadah di bukit cerakah SHAH ALAM dengan saudara dan sepupu tersayang. sangat seronok la skytrex disini. semuanya kena gayut. .Skytrex ni terletak di Bukit Cerakah,Shah Alam.Dekat Bukit Cahaya Seri Alam.Lokasinya betul-betul dalam Taman Pertanian Malaysia.Jadi apa yang menariknya di sini? haa ni yang best nak cerita ni, Skytrex Adventure (SA) menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti rekreasi yang pada masa yang sama educate orang ramai tentang alam sekitar.Sebab aktiviti-aktiviti lasak disini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman  ’terbang’ dari  pokok ke pokok’ setinggi 3 hingga 22 meter melalui berbagai rintangan ! 

Sekadar berkongsi, di Skytrex ada 3 cabaran yang disediakan iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Extreme Challenge. Maklumat untuk setiap cabaran boleh rujuk di bawah.  

Little Adventure
23 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 7 meter
Tulang Naga (Dragon Bones)
Jungkit Arnab (Rabbit Flip-Flop)
Ketinggian antara 3-5 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 30 minit
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.1 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa

Big Thrill
26 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 17 meter
Crazy Zig-Zag
Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle
The Earthquake
Happy Hopper
100 meters Wild Revenge
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa

Extreme Challenge
34 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 22 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa





Share this article with your friends.

No comments:

Post a Comment