klik gambar dibawah

klik gambar dibawah
. Travel is the only thing you buy, makes you richer.

Monday, July 25, 2011

kenangan KPTM 1 (bangun pagi)




time nak p kerja.bersiap nak mandi tadi.teringat la pulak.

kalau kt rumah sewa kt kelantan ni.masing2 berebut nak mandi dulu
ataupon x nak mandi lagi.hahaha
tambah2 kalau semua kelas pukol 8 semua pakat x nak bangun2 lagi
pastu bile dekat nak pukol 8 baru semua rebut nak mandi.
pastu mula la.bilik sempit.berlaga2 semua.dah mcm semut.
wahhhh..rindunya suasana tu.sampai ade yg boleh buat pendam dihati tu.
lepas tu.sapa yang siap awal tunggu la yg lain2 siap.
sebab nak p sekali.kata sehati sejiwa?? hahaha
kalau kene marah semua kene marah baru rock.
lama2 panas jugak la kan asik2 tunggu org yg sma je lambat.
tapi kalau diingat tu la kenangan.x ade tu semua.x meriah kenangan.

pastu bab pakai tudung bentuk BUNGA.
semua cari aku.kononnya.aku buat cantik la
(ceh perasaan).



Thursday, July 21, 2011

wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W


MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN.
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. Fikir....