tak tahu la apa motif cerita JIWA TAIKO ni.
bile di-google katanya Osman Ali nak beri kesedaran kepada remaja dan nak tunjukakn aktiviti sebenar remaja masa kini.
tapi perlu ke sampai ke adegan yang berahi?
perlu ke ade adegan bront palarae cium nadiya nisaa dari betis sampai ke peha.dan peha sampai ke muka?
dalam keadaan nadiya nisaa pakai kameja putih lelaki yg hanya paras peha.
perlu ke cerita adegan yg remy ishak dan diana danielle hampir bercium.dah pon bertemu pipi
dan bercerita tentang "cium" pertama la kedua x mau lepas sampai ke pagi la
isu watak Firman lakonan Remy yang bertatu tetapi mengimamkan solat boleh mengundang kekeliruan serta pertikaian masyarakat
lepas tu ada ayat2 yang agak kasar dan lucah
yes memang diakui kebanyakkan remaja sekarang begitu
tapi perlu ke tunjuk sampai ke lubang cacing
kalau semua negara islam ade remaja yg begitu perlu ke buat filem pon begitu
padahal nak diikutkan maybe 30% je yang begitu
duduk serumah laki dan perempuan
walaupon kawan2 pon duduk serumah (tak ade pencegah maksiat ke negara kita)
siap boleh peluk2 cium2 kawan sendiri
dah macam cerita 'sangap'
bila ada yang mati ke tercedera ke tak ada polis cari buat siasatan ke?
nampak tak perbezaan? kalau betul2 nak buat cerita remaja sekarang.buat betul2 segala2nya
undang2nya,agamanya
ni tunjuk je solat tp boleh peluk2 cium2.
ee memualkan lah.
ingat ke betul lah filem ni boleh kalahkan KL gengster.rupanya dia boleh kalah dgn semua filem.dah la x ade pon adengan taiko.adengan ranjang penuh la.alahai,rosaknya filem melayu.
(dah la bawak adeq pergi tgk.terasa mcm kakak yg terlampau sporting gaban!)
NI AKU COPY DARI WWW.EHARTIS.COM
Menurut gua.com ;
GUA sendiri berpeluang menghadiri Malam Gala Tayangan Media filem tersebut di Cathay Cineleisure, malam tadi dan apabila menontonnya, GUA terkejut melihat aksi ‘berani’ pelakon kacak itu melakonkan aksi berahi dengan pelakon Diana Danielle.Remy yang memegang watak sebagai Firman, seorang bekas banduan bertemu dengan Trisya (Diana Danielle) di sebuah pusat pemulihan dan dari situ, mereka jatuh cinta. Dalam filem tersebut, ada beberapa babak berahi di mana Firman dan Trisya berpelukan, ‘berciuman’ serta melakonkan aksi-aksi yang mengghairahkan.Malah, terdapat juga satu babak cium yang dipotong oleh Pihak Lembaga Penapisan Filem dan ini ternyata akan mencetuskan persoalan sama ada mereka benar-benar cium atau sebaliknya.
Bercium jek ke haram? Babak berahi dan pegang2 tak haram meh? Kenapa potong babak cium jek? Dan nak tahu apa komen si remy ishak berkaitan adegan berahi? Baca kat bawah neh ;
“Saya memilih untuk berlakon dalam filem ini kerana seronok dengan jalan cerita serta perwatakannya dan bukan sebab babak pegang-pegang ini. Sebagai pelakon, kami bercerita, jadi benda ini harus dihidupkan. Saya tak mahu nanti di mana watak itu perlu buat, tapi kami tak boleh buat lantas ia jadi tak hidup.
“Mungkin orang akan pertikaikan, tapi saya tahu batas saya. Saya juga tak mahu benda-benda sebegini membataskan kerja-kerja saya. Saya juga tak nak perkara begini buat saya tak boleh berlakon serta kekok untuk menghidupkan watak saya,” ujar Remy menafikan babak tersebut keterlaluan.
“Saya tak rasa benda ini agak keterlaluan. Saya ambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebagai pelakon, kami hanya berbicara tentang niat kami untuk bercerita. Bagi saya, tak ada istilah tentang aksi keterlaluan. Malah, masa shooting pun tak ada yang keterlaluan dan masing-masing profesional melakukan tugas.
“Bagi saya, apa yang penting ialah niat di mana niat kami di sini adalah untuk bagi nasihat dan memberitahu kepada masyarakat tentang masalah-masalah social yang berlaku sekarang. Saya tak rasa benda ini akan jadi satu isu. Saya harap penonton dapat ambil ia sebagai satu nasihat dan bukan satu perkara yang jijik.”
Berita penuh disini
Nak hidupkan jalan cerita dan watak? So apa beza dengan orang bukan islam yang berlakon pegang2 apa seme untuk hidupkan citer? Kenapa mesti buat jalan citer dan babak yang tak senonoh walaupun dah tahu ia haram?
Kalau tahu batas, takan berlakon macam neh. Benda2 neh membataskan kerjaya dia? Dia nak cakap benda2 yang Allah swt larang neh membataskan kerjaya dia ka?
Bergantung kepada niat?
Sahaja aku peluk2 dan cium2 anak dara orang walaupun tiada hubungan perkahwinan kerana tuntutan kerja. Amin. Boleh ka macam tue?
Nak bagi nasihat kat orang lepas dah peluk2 apa seme dalam filem? Lepas melakukan perkara yang haram? Siapa sebenarnya yang perlu dinasihati neh? Nak bagi nasihat ka apa ka, ikutlah peraturan yang betul. Kalau dah haram tetap haram. Pandang kot ceruk mana pun tak boleh jadi halal der.