klik gambar dibawah

klik gambar dibawah
. Travel is the only thing you buy, makes you richer.

Monday, April 14, 2014

ISU RAMPASAN TUDUNG FAREEDA nyata jelita..

assalamualaikum. makin besar pulak isu tudung rampasan ni.... aku pun tengah2 tak ada kerja rajin la mengodek PAGE fareeda..nyata jelita. macam2 la orang komen tapi yang aku tengok FAREEDA masih tak paham apa yang orang Malaysia ni marahkan sangat. mai sini aku ungkaikan sikit setelah baca komen-komen di PAGE mereka. aku ungkaikan aje yer bukan nak protes. sebab aku pon tak pakai fareeda ori ke tiruan ke. aku pakai shawl & bawal sahaja. ade tudung ala2 fareeda pon aku bli dekat VIETNAM bulan 6 tahun lepas.

 apa yang Fareeda lakukan tu BETUL. yela mana boleh ciplak idea-idea orang. dah la penat dia PATTERN kan, daftarkan bagai. keluar duit untuk semua tu kita senang-senang nak tiru.tapi....

 betul ke makcik-makcik tu yang curi patternnya? ke makcik tu pun amik dekat VIETNAM?

 kenapa tak terus pergi ke kilang pengeluaran atau ke orang yg kuat membuat tiruan untuk rampasan dan saman?

 lainlah kalau 1 jenama yang makin melonjak naik tapi menggunakan pattern dia. macam apple saman samsung. tapi ada x apple saman produk china & korea?

lagipun apa la orang Malaysia macam aku ni nak heran sangat kalau tudung tiruan tu tak ade yang murah pun. beralih jela pada tudung lain. banyak lagi 'fashion' kan? dah kalau orang x nak beli original 'fareeda' sebab mahal so apa buat sekali pun.rampas tiruan ke apa tetap tak beli la tudung tu...actually ini la yang orang marahkan sangat sebab pergi rampas dekat makcik-makcik pasar malam bagai. cube terus pergi kt tempat pembuat yg besar-besar. kompom x jadi isu. pastu mesti orang-orang bawah dah x jual. entah-entah makcik tu pun x tau tudung yang dah di PATTERN kan x boleh ditiru. tapi entah-entah makcik tu pun x tiru cuma beli dkt pemborong lain. sori terlampau banyak 'entah'. ahaha. penat juga nak ungkai semua. masih x paham x tahu la. okey ini sedikit komen aku print screen di page FAREEDA..NYATA JELITA

hah... sedikit huraian sahaja dari aku. actually orang Malaysia yang cakap tentang tudung pendek semua aku malas amik port. memang berdosa kita buat tudung ada pendek dan panjang tapi orang beli yang pendek. tetap dosa dia kita tanggung. tapi isu sekarang tentang rampasan sahaja. so x payah kaitkan isu tu. kita dah nasihat dan dia x nak dengar tu antara dia dengan Allah. kita tu jaga diri kita dulu.

 orang tak berkemampuan serta tidak suka tudung awning. jom kita tiru gaya YunaBella. fashion yang sangat awesome!
http://yunabella.blogspot.com/2014/02/tudung-bawal-gaya-mawar-fizo-omar.html

Tuesday, April 8, 2014

Sembahyang SEJUK

Assalamualaikum...

tadi dengar THR GEGAR & ada terdengar tazkirah mengenaik SEMBAHYANG SEJUK. so ini adalah detail yang aku dapat. copy dari blogger lain juga. 


Saja selitkan.waktu yang digalakkan sembahyang SUNAT

Di dalam as-Sunnah, Rasulallah s.a.w.memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu subuh dan ketika masuk waktu 'asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu subuh, dan ketika masuk waktu subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah s.w.t. ketika masuk waktu 'asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa solat subuh dan solat 'asar itu 'dipersaksikan'. Kenapakah solat subuh dan solat ‘asar itu mudah diabaikan atau tertinggal?
Solat subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat asar itu pula adalah ketika manusia sebuk dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat subuh dan asar itu begitu pendek pula.

Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya.
Maka dengan itulah mengikut sepotong hadis, Rasulallah s.a.w. memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq.

Di dalam hadis berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:

Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya : "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah s.w.t.) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari) "
Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah sembahyang fardhu subuh dan asar.
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”
Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.


KELEBIHAN solat SUBUH

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ”
 (HR Imam Al-Bukhari)

Nabi SAW bersabda:
“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” 
(HR Al-Bukhari)

Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, 
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” 
(HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

KELEBIHAN solat ASAR

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.
Huraian Hadith: 
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.


Monday, March 31, 2014

maksud TABARRUJ


Assalamualaikum,

tadi terbaca tentang 1 artikel berkaitan 15 dosa di kepala wanita. dan aku tertanya-tanya apa itu tabarruj. dan ini pelajaran baru aku yang sedang cuba berubah untuk lebih dekat ke jalan Allah.


Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

Aurat wanita dengan wanita muslim
Antara pusat hingga lutut namun bukan syarat untuk mendedahkan dengan sengaja

Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
Sama aurat dengan lelaki ajnabi tapi terdapat kes yang diringankan seperti tinggal di asrama

Berbalik kepada tajuk kita , apakah maksud Tabbaruj ? 

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat .. Faham ? hm , sebagai contoh , Imah memakai make-up , perhiasan di jari , perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat .. Kesemua perbuatan berhias ini , jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian , maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj :

Apabila berjalan , kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup , ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain , maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung .. 

Apabila seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian , maka ini adalaj tabarruj dan ini adalah dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya ..

Kesimpulannya , walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain , ini sudah dikira tabarruj , apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat di bahagian tangan , bertudung tapi sanggulnya tinggi .. Waallahua'lam .. =D

dan bagi mereka yang memakai KANTA LEKAP. ini jawapannya

Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

Detik-Detik Perkenalan

susah nak ceritakan atau gambarkan. serba ringkas dapat luahkan. bukan apa saje nak tulis dalam blog. supaya menjadi 1 kenangan yang tidak dilupakan.

Actually aku memang kenal Hafiz dari sekolah. dari form 2 tak silap. dia senior aku. tapi tak pernah pun tegur-tegur ke apa. cuma tau 1 sekolah. alah sekolah seri samudera tu besar mana la sangat. cam je budak-budak sekolah tu.ahaha. tambah-tambah 1 taman pulak. geng-geng dia pun byk deret rumah aku. tapi dia tak kenal aku rasanya. orang mcm dia mana pandang orang. muka sombong. senyum pun susah. ahahaha

facebook friend

then start 2010 kitorang mmg dah 'friend' dalam facebook. dan masih tak bertegur sapa. masa awal tahun 2013. kawan aku Palie ajak jumpe sebab kebetulan dia ada dekat Ampang. tapi masa tu aku bz tak dapatlah jumpa. aku just tanya dia dengan sapa.then dia 'Hafiz, ko kenal.senior kita'. OK fine lagi la aku tak nak jumpa si Palie ni. ahaha

start Jun 2013. Hafiz ni buang tebiat kot. rajin like status la gambar la. pastu komen la. macam kawan lama pulak kan. aku balas biasa-biasa jela. then saja la aku buat-buat tanya dia duduk mana. Padahal aku dah tau. saja nak bagi dia tau aku dok Ampang. kitorg byk borak-borak dekat facebook jela. pastu jadi tersangat rapat.

asik mesej-mesej je. bosan gak aku. so pelawa la lepak minum. amboi punya susah macam perempuan. last-last nak jugak dia keluar. tapi......... dia ajak aku pergi tengok bola dekat karang kraf shah alam.. what the??? layan kan jela. kebetulan aku memang suka tengok bola kalau kelantan yang lawan. yela adik-adik angkat orang kelantan. belajar pun dekat kelantan. dah biasa teman dorang pergi tengok bola. then pergi teman dia makan dekat nasi kukus pastu lepak kt shah alam tengok mat rempit... gila tak romantik. ahaha

masuklah bulan puasa. kerap la keluar buka puasa sama-sama dengan kawan dia yg semestinya kawan aku juga. dah 1 sekolah kan. aku paling suka. 1st time buka puasa dengan dia. dia ajak aku g bazar beli makanan pastu makan dekat padang shah alam. berlapikkan surat khabar. actually aku x suka laki ajak aku keluar makan tempat-tempat expensive. bagi aku. jadi diri sendiri. ye dak?



bla bla bla. byk sgt nak cerita. ni part yg tiba-tiba terserius pula mamat ni. 1 malam dia cakap dia macam tak sedap la rapat-rapat dengan aku macam ni. eleh padahal aku arif sangat dah tektik-tektik lelaki ni.ahahaha. aku terus potong ayat dia aku tanya 'nak kawen dengan saya ker?' dia macam blur2. then aku cakap lagi 'aku malas dah nak bercinta-cinta kalau betul2 nak aku pergi jumpa mak ayah aku cakap pasal kawen. kalau x nak dan nak kita kekal macam ni je xpayah cakap apa-apa dan kita akan kekal macam ni'. dia boleh pikir aku gila.ahaha ak cakap la aku cakap betul. x pyah bg jawapan dan buat je.

selang beberapa hari dia cakap 'jom kawen'. wow express. start tu la aku nampak dia buat perancangan macam mana nak cakap dengan mak abah dia. bila nak cakap. bila nak jumpa ayah aku. semua dia yang settle kan. aku tunggu jela. yela x kan nak paksa2. alhamdulillah. nampak kesungguhan dia. akhirnya dapat jugak kami kawen dengan tak disangka. cepat jugak kami kawen.  rapat bulan 7. bulan 10 merisik. bulan 1 kawen. wahh. perjalan yang Allah tentukan kita x tahu kan.

RESEPSI - 18 JAN 2014


tak dapat gambarkan bahagianya hari ni. ramai sangat yang datang. tak disangka-sangka. terima kasih ya Allah.
handmade - bilik tidur dan bunga tangan. terima kasih Fatin & Farhana (anak cik dah) tolong bukakan bunga tisu tu.
Dayah Narudzaman & Amira Rasni- tolong teman hiaskan.
makngah - kasi pinjamkan cadar

walaupun ada je kekurangan dalam majlis ni tapi tetap berjalan dengan lancar dan aku tetap berpuas hati. biasa la. walimatulurus tak semua sempurna. kita hanya merancang. segalanya dari Allah. yang aku nampak ramai sangat orang masa tu ada yang sampai tak dapat tempat duduk terpaksa makan berdiri. lauk pun cepat habis. lambat sikit nak topup baru. mintak maaf sangat kepada mereka yang terkena. takpe janji dapat tengok aku kawen kan.ahahaha
handmade - hiasan dekat belakang tu semua dibuat oleh Cik Joe (bapa sedare) & Cik Yah (jiran)

terima kasih kepada saudara mara yang datang dari jauh untuk tengok anak saudara ni kahwin. terima kasih kepada jiran-jiran yang ada dari sebelum kenduri sehingga habis kenduri. Alhamdulillah kejiranan kami dah seperti ahli keluarga yang sangat rapat. terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir.tak kira la kawan sekolah seri manjung, seri samudera, teknik lebuh cator, kolej polytech mara, geng banci, dan ramai lagi la. terima kasih sangat-sangat terutama yang jauh-jauh sanggup datang kenduri yang x seberapa ni.

handmade - guess corner
terima kasih BUSANA PEGANTIN sponsor candy buffer.

bila kenduri baru la tau wahhh! banyaknya orang yang prihatin dengan kita. tak sangka. ramai sangat sponsor. jiran-jiran, saudara mara, kawan-kawan. habis beratus-ratus. beribu pun ada. apatah lagi yang sponsor 'kudrat' huh sebulan sebelum kenduri dah datang tolong kemaskan rumah, hias door gift, hias bilik tidur, buatkan perhiasan guess corner, cik joe atas make up free dan macam-macam lagi la.. Ya Allah. semoga mereka dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. tak terbalas budi yang mereka buat.

door gift - terima kasih jiran-jiran tolong hiaskan

terima kasih kawan yang sponsor

Penunjuk arah

dan jutaan terima kasih pada yang memberi hadiah. alhamdulillah penuh barang rumah
thanks Cik Joe tolong make up kan FREE

lagi skali thanks Cik Joe Make up kan FREE
handmade- bunga-bunga dibaju aku buat sendiri sama la lace di veil.

Wednesday, March 12, 2014

MALAM BERINAI - 17 JAN 2014


MUA - cik Joe (bapa saudara)
FREE
saja je nak buat malam berinai nak merasa pkai make up artis kerap-kerap.ahahaha. macam biasa make up artis CIK JOE. bulu mata kalah Rozita Che Wan.

D'PAFFANNAH
huh. tak disangka. makcik2 yang ada dalam gambar ni selain aku la. merancang buat surprise birthday untuk aku. ahahaha kurang asam. konon ade hal la tak boleh datang la itu la ini la. tengok2 datang bawak kek rainbow gitu. arghhhh terharunye! sayang sangat kat korang.macam2 korang buat untuk aku kan!


hah tengok. cantik kan kek dia. tempah awal sebulan lagi tu kata nyerrr.
then sambut BIRTHDAY MAK. 18 JAN. dan mereka yang lahir bulan 1.

kek sponsor oleh MAKCIK- ZAKIAH

hah pokcik kite pakai baju biasa. yang pasti dengan seluar JEANS. huh ni kire ok la.kalau x mula2 dia datang pakai kain pelikat. sebaik rumah dekat. pergi la tukar semula.

merenjis


Tuesday, March 11, 2014

BERNIKAH - 17 JAN 2014

dup dap dup dap.

hari ni adalah hari paling istimewa. hari akad nikah. bermula la tanggung jawab aku sebagai seorang isteri. dah jadi bini orang dah.

MUA - cik Joe (Bapa Saudara)


hah ni la gambar sebelum menjadi isteri orang. make up oleh pakcik kesayangan aku CIK JOE. baju CIK DAH tolong buatkan. bunga2 dekat baju AKU la yang buat termasuk la veil di kepala.aku juga la buat. pulun sampai puas hati la habaq hang.

hias-hias dibelakang tu pon aku yang buat sendiri, bunga-bugna tisu tu penat nak buat tu. selamat ada adik-adik & anak jiran sudi membantu.

muka cik abe yang koya-koya tenang.

akhirnya selepas asar pada 17 Januari 2014 aku sah menjadi isteri kepada MOHD HAFIZ dengan sekali lafaz. 




DIRISIK 23 OCT 2013

13 October 2013

spatotnya hari tersebut ada perlawanan paintball dengan geng2 Boustead. tapi terpaksa dibatalkan dengan rela hati sebab cik abe ajak balik manjung. untuk beli cincin merisik dengan mak dia sekali. ehehehe

23 October 2013

tadaaaa. hari ni adalah diantara hari yang paling istimewa. keluarga Hafiz datang merisik dan terus bincangkan tentang tarikh bila nak langsung. tempoh 3 bulan dari tarikh merisik ni laaaa...
huh berdebar-debar. tarikh nak dekat.