klik gambar dibawah

klik gambar dibawah
. Travel is the only thing you buy, makes you richer.

Monday, March 31, 2014

maksud TABARRUJ


Assalamualaikum,

tadi terbaca tentang 1 artikel berkaitan 15 dosa di kepala wanita. dan aku tertanya-tanya apa itu tabarruj. dan ini pelajaran baru aku yang sedang cuba berubah untuk lebih dekat ke jalan Allah.


Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

Aurat wanita dengan wanita muslim
Antara pusat hingga lutut namun bukan syarat untuk mendedahkan dengan sengaja

Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
Sama aurat dengan lelaki ajnabi tapi terdapat kes yang diringankan seperti tinggal di asrama

Berbalik kepada tajuk kita , apakah maksud Tabbaruj ? 

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat .. Faham ? hm , sebagai contoh , Imah memakai make-up , perhiasan di jari , perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat .. Kesemua perbuatan berhias ini , jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian , maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj :

Apabila berjalan , kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup , ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang ..

Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain , maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung .. 

Apabila seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian , maka ini adalaj tabarruj dan ini adalah dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya ..

Kesimpulannya , walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain , ini sudah dikira tabarruj , apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat di bahagian tangan , bertudung tapi sanggulnya tinggi .. Waallahua'lam .. =D

dan bagi mereka yang memakai KANTA LEKAP. ini jawapannya

Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
Share this article with your friends.

No comments:

Post a Comment