klik gambar dibawah

klik gambar dibawah
. Travel is the only thing you buy, makes you richer.

Tuesday, April 8, 2014

Sembahyang SEJUK

Assalamualaikum...

tadi dengar THR GEGAR & ada terdengar tazkirah mengenaik SEMBAHYANG SEJUK. so ini adalah detail yang aku dapat. copy dari blogger lain juga. 


Saja selitkan.waktu yang digalakkan sembahyang SUNAT

Di dalam as-Sunnah, Rasulallah s.a.w.memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu subuh dan ketika masuk waktu 'asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu subuh, dan ketika masuk waktu subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah s.w.t. ketika masuk waktu 'asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa solat subuh dan solat 'asar itu 'dipersaksikan'. Kenapakah solat subuh dan solat ‘asar itu mudah diabaikan atau tertinggal?
Solat subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat asar itu pula adalah ketika manusia sebuk dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat subuh dan asar itu begitu pendek pula.

Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya.
Maka dengan itulah mengikut sepotong hadis, Rasulallah s.a.w. memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq.

Di dalam hadis berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:

Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya : "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah s.w.t.) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari) "
Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah sembahyang fardhu subuh dan asar.
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”
Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.


KELEBIHAN solat SUBUH

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ”
 (HR Imam Al-Bukhari)

Nabi SAW bersabda:
“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” 
(HR Al-Bukhari)

Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, 
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” 
(HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

KELEBIHAN solat ASAR

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.
Huraian Hadith: 
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.


Share this article with your friends.

No comments:

Post a Comment